Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Angka korban banjir di Brazil meningkat ke 20 orang
Diterbitkan:  Dec 28, 2021 12:36 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Angka korban akibat hujan lebat melanda negeri Bahia, timur laut Brazil meningkat kepada 20 orang pada Isnin dan 358 lagi cedera, lapor Xinhua, memetik laporan baharu dikeluarkan pihak berkuasa pertahanan awam negeri itu.

Jumlah mangsa yang terjejas turut meningkat kepada 470,000, dan 100 daripada 116 kawasan telah diisytiharkan darurat, menurut data yang dikeluarkan majlis perbandaran.

Hujan berterusan menyebabkan jambatan dan berpuluh-puluh rumah runtuh, manakala jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.

Menurut Institut Meteorologi Kebangsaan, jumlah taburan hujan yang tinggi telah memusnahkan selatan Bahia sejak November dan dijangka berlanjutan minggu ini dan sehingga Januari.

Negeri Maranhao, Ceara dan Sao Paulo mengumumkan akan menghantar anggota bomba bagi membantu kawasan terjejas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS