Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,757 kes baru Covid-19, terendah sejak 20 Dis
Diterbitkan:  Dec 27, 2021 1:59 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,757 kes baru Covid-19. Ini menjadikan kes kumulatif berjumlah 2,743,936.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tujuh hari, sejak 20 Disember.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula telah menurun sebanyak 16.1 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan perincian kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (26 Disember) yang menyaksikan 2,778 kes baru adalah seperti berikut:

  • Selangor (676)
  • Johor (342)
  • Kelantan (311)
  • Pulau Pinang (247)
  • Kedah (169)
  • Terengganu (164)
  • Pahang (162)
  • Perak (161)
  • Kuala Lumpur (135)
  • Melaka (130)
  • Negeri Sembilan (114)
  • Sabah (108)
  • Sarawak (24)
  • Putrajaya (18)
  • Perlis (11)
  • Labuan (6)

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS