Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Fariz Musa meninggal dunia
Diterbitkan:  Dec 27, 2021 11:34 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Bekas pemimpin jawatankuasa pusat PKR Fariz Musa meninggal dunia kira-kira jam 12.20 pagi tadi selepas bertarung dengan komplikasi Covid-19 dan beberapa penyakit lain. Allahyarham berumur 51 tahun.

Beberapa ahli PKR dalam ucapan takziah berkongsi bahawa Fariz dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, sejak semalam, dan berada dalam koma.

Difahamkan, isterinya, Nor Hayati Husain, juga telah diuji positif Covid-19 dan masih dalam kuarantin.

Fariz dikenali sebagai antara penyokong awal gerakan Reformasi, dia menyertai Parti Keadilan Nasional dan kemudiannya menjawat beberapa jawatan penting dalam PKR, termasuk sebagai ketua Pemuda PKR Terengganu.

Dia juga sering dicalonkan dikubu kuat BN. Antaranya, menentang bekas Ahli Parlimen Kemaman Ahmad Shabery Cheek pada 2008, dan berdepan dengan perdana menteri ketika itu Najib Razak di Pekan, pada 2013.

Selain aktif dalam PKR, Fariz juga mengetuai NGO berkaitan parti tersebut iaitu Jingga 13.

Difahamkan allahyarham akan dikebumikan di Kg Darat Pak Chan, Marang, Terengganu, tapak perkuburan orang Islam pagi ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS