Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,778 kes baru, nilai kebolehjangkitan 0.88
Diterbitkan:  Dec 26, 2021 4:38 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,778 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,741,179.

Kes baru hari ini melibatkan 2,656 warga tempatan (95.6 peratus) dan 122 warga asing (4.4 peratus).

Jumlah kes sembuh pula lebih tinggi iaitu sebanyak 3,539. Ia dijangka membantu mengurangkan jumlah kes aktif.

  • Pesakit dalam ICU: 206
  • Pesakit perlu alat bantuan pernafasan: 170

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki) dalam ICU adalah 21.3 peratus lebih rendah berbanding seminggu sebelumnya.

Mereka yang memerlukan bantuan pernafasan juga berkurang 19 peratus untuk tempoh yang sama.

Nilai kebolehjangkitan pada masa ini menunjukkan trend menurun, dengan 0.88 setakat semalam. Ia mesti kekal di bawah 1.00 bagi menghalang peningkatan kes baru.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 18.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 25) di mana 3,160 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (802)
  • Johor (416)
  • Kelantan (391)
  • Pulau Pinang (210)
  • Pahang (200)
  • Kedah (192)
  • Terengganu (183)
  • Perak (164)
  • Kuala Lumpur (159)
  • Sabah (127)
  • Negeri Sembilan (124)
  • Melaka (108)
  • Putrajaya (29)
  • Sarawak (27)
  • Perlis (26)
  • Labuan (2)

Setakat ini, terdapat 218 kluster Covid-19 yang masih aktif, termasuk dua kluster baru yang dikenal pasti hari ini.

Jumlah kluster aktif telah berkurang 13.5 peratus berbanding 252 kluster seminggu lalu.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS