Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PSB mungkin atasi PKR di S'wak jika Baru jadi peneraju, kata penganalisis

Penganalisis politik berpendapat Parti Sarawak Bersatu (PSB) - yang bertanding buat kali pertama tetapi memperoleh bahagian undi kedua tertinggi dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini - mungkin menggantikan peranan PKR di kawasan Dayak di negeri itu.

Ini mungkin berlaku sekiranya bekas menteri kewangan negeri itu, Wong Soon Koh, melepaskan jawatannya sebagai presiden PSB dan membenarkan ahli majlis presiden Baru Bian mengambil alih kepimpinan parti.

Menurut pensyarah kanan Universiti Malaya Ngu Ik Tien jika itu berlaku dan Baru dibiarkan merekrut penyokong PKR ke dalam PSB, keadaan tersebut boleh berlaku.

"Baru dan See Chee How menang dalam pilihan raya baru-baru ini. Mereka kekal bersama pembangkang selama beberapa penggal dan tidak menyertai pemerintah.

"Ahli parlimen ini disokong secara meluas oleh pengundi tempatan.

"Ini menunjukkan pengundi bukan sahaja mencari calon yang boleh menang, tetapi mereka menghargai usaha calon," tambah Ngu yang dilahirkan di Sibu dan menjadi pemerhati politik Sarawak sejak sekian lama.

Bercakap dalam forum - secara maya - mengenai dua pilihan raya negeri (Melaka dan Sarawak) serta kesannya untuk PRU akan datang pada Rabu lalu, Ngu berkata kebanyakan pengundi PSB baru-baru ini ialah pengundi atas pagar.

Sendirian tak mesti menguntungkan

Mereka itu, tambahnya, memberikan sokongan berdasarkan kepada kepada keupayaan calon, populariti, sumber dan isu-isu sekitar pilihan raya, dan bukannya sentimen kesetiaan kepada mana-mana parti.

Ngu menambah PSB ialah parti yang fleksibel dan mungkin boleh merekrut lebih ramai pemimpin Dayak untuk pilihan raya akan datang kerana salah satu janjinya adalah untuk mencalonkan ketua menteri Dayak.

Walaupun tidak pasti berapa lama jenama dan platform PSB boleh bertahan, Ngu berkata, ada kemungkinan penggubal wakil rakyat di Sarawak boleh menjadi kuasa yang berkesan dalam pilihan raya akan datang.

Forum itu diadakan secara bersama oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), dan Pocket Times iaitu sebuah portal video yang ada kaitan dengan dengan Sin Chew Daily.

Sementara itu saintis politik Wong Chin Huat berkata PSB mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan PKR dan menarik lebih ramai pemimpin menyertai parti berkenaan.

Bagaimanapun, kata Wong, PSB perlu bekerjasama dengan parti peringkat nasional jika ia merancang untuk meluaskan pangkalannya melebihi parti tempatan.

"Terdapat banyak faedah sebagai wakil rakyat kerajaan. Mereka mempunyai peruntukan tahunan sebanyak RM8 juta. Jadi, mengapa penggubal undang-undang dan pengundi anda akan kekal bersama anda?

"Apa yang anda perlu menarik orang lain?

"Jika anda tidak boleh menang dalam pilihan raya negeri, bolehkah anda menjadi sebahagian daripada blok politik persekutuan?

"Bergerak secara sendirian tidak semestinya lebih menguntungkan," tambahnya.

Protes terhadap kerajaan pusat

Wong berkata di Sabah, parti Warisan berkembang ke semenanjung kerana ia berisiko berdepan lebih ramai wakil rakyatnya berpaling tadah jika gagal meyakinkan mereka bahawa parti itu berpeluang di peringkat persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengurus penyelidikan Merdeka Center Tan Seng Keat bersetuju dengan Wong.

Katanya, parti tempatan di Sarawak perlu bekerjasama dengan parti nasional untuk membawa manfaat yang lebih besar kepada parti tempatan.

Ini kerana, kata Tan, pengundi Sarawak kerap mengundi pakatan pemerintah dalam pilihan raya negeri tetapi sebaliknya menyokong pembangkang semasa pilihan raya umum.

“Dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 2016, BN memperoleh 62 peratus daripada jumlah undi, tetapi ini menurun kepada 52.5 peratus pada pilihan raya umum 2018.

"Kedua-dua pilihan raya menyaksikan kadar keluar mengundi antara 68 dan 70 peratus. Pada 2018, 1MDB adalah antara faktor yang mempengaruhi pilihan raya

"Sama seperti di Sabah, kerjasama antara Warisan dan Pakatan Harapan mungkin menimbulkan cabaran (kepada gabungan pemerintah tempatan)," kata Tan.

PSB memenangi empat daripada 70 kerusi DUN Sarawak yang ditandinginya dan memperoleh 18.8 peratus undi, manakala PH hanya mendapat 10.5 peratus daripada jumlah undi.

Sebelum ini dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (SUPP), PSB ditubuhkan oleh Wong yang meletak jawatan sebagai menteri negeri pada 2019.

Ngu berkata sebahagian pengundi Cina di Sarawak mengundi Parti Bumi Kenyalang (PBK) bukan kerana mahu Sarawak merdeka tetapi sebagai protes terhadap kerajaan persekutuan, pengislaman di Semenanjung, hegemoni Melayu dan pengagihan sumber yang tidak sama rata.

Bukan bermakna dapat sokongan

PBK berjaya mengekalkan depositnya di empat kerusi daripada 73 yang ditandinginya.

Daripada empat kerusi itu, dua adalah kerusi majoriti Cina di Sibu, iaitu Bukit Assek dan Palawan.

Dua lagi kerusi ialah Tasik Biru di Kuching, kerusi majoriti Dayak, dan Tanjung Batu di Bintulu.

Tan berkata berdasarkan tinjauan, orang Cina bandar di Sarawak mahu negeri itu merdeka kerana mereka merasakan Borneo semakin teruk selepas menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Bagaimanapun, tambahnya, tinjauan itu juga menunjukkan masyarakat Dayak percaya Sarawak telah bertambah baik selepas menyertai Malaysia.

Ngu menjelaskan walaupun dia mengakui PBK menunjukkan prestasi yang baik di Sibu dan Bintulu, itu tidak bermakna kaum Cina bandar kini menyokong parti berkenaan.

Katanya PBK kehilangan sokongan di tempat seperti Kuching, yang terdiri daripada beberapa kerusi majoriti Cina.

"Kami cuba memikirkan mengapa (mereka menunjukkan prestasi yang baik di bahagian kawasan pilihan raya)," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS