Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,160 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Dec 25, 2021 5:39 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,160 kes baru Covid-19. Kes keseluruhan kini berjumlah 2,738,401.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 17.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 24) di mana 3,528 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (848)
  • Johor (396)
  • Kelantan (370)
  • Terengganu (270)
  • Kedah (269)
  • Pulau Pinang (263)
  • Pahang (225)
  • Kuala Lumpur (200)
  • Perak (194)
  • Sabah (168)
  • Negeri Sembilan (141)
  • Melaka (118)
  • Putrajaya (23)
  • Perlis (20)
  • Sarawak (19)
  • Labuan (4)

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS