Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penghibur jalanan Meor meninggal dunia
Diterbitkan:  Dec 25, 2021 10:01 AM
Dikemaskini: 2:01 AM

Pemuzik dan penulis Meor Yusof Aziddin Meor Hassan atau lebih dikenali sebagai Meor telah meninggal dunia akibat Covid-19 setelah lama bertarung dengan Covid-19.

Anak perempuan Meor, Kamelia, memaklumkan kepada orang ramai melalui catatan Facebooknya bahawa ayahnya meninggal dunia pada 11.42 malam semalam.

Meor disahkan positif Covid-19 pada 3 Dis dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan kesukaran bernafas pada malam yang sama.

Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi dan keadaannya semakin merosot.

Meor pada mulanya sentiasa memberikan kemas kini kesihatannya di Facebook tetapi kemudiannya diambil alih oleh anak perempuannya.

Meor dikenali sebagai busker (penghibur jalanan) yang sering membuat persembahan tempat awam seperti di Pasar Seni dan KL Sentral.

Sepanjang perjalanan seninya, Allahllahyarham pernah menerbitkan 10 buah album antaranya Pesta Jiwa, Itu Padang Aku Di Situ, Dari Rakyat Untuk Rakyat, Sakrat dan Redup.

Meor juga pernah menerbitkan tulisannya dalam buku berjudul Sembang Tepi Jalan dan Gila Muzik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS