Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Umat Islam Pattani sembahyang hajat untuk mangsa banjir

Masyarakat Islam di Pattani, selatan Thailand hari ini mengadakan sembahyang hajat bagi memohon keselamatan buat rakyat Malaysia susulan musibah banjir yang melanda.

Sembahyang hajat itu diimamkan Iman Besar Masjid Jamek Pattani, Abdul Razak Wangsoh, di Masjid Jamek Pattani selepas sembahyang Jumaat.

“Kami sedih dengan musibah banjir yang melanda Malaysia. Kami di sini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia yang terjejas.

“Kami berdoa agar keadaan cepat pulih,” katanya.

Abdul Razak berkata Masjid Jamek Pattani turut mengumpul bantuan bagi mangsa banjir di Malaysia.

“Bantuan dari Masjid Jamek dan badan bukan kerajaan (NGO) akan diserahkan kepada Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid pada Isnin,” katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS