Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cuti KSU, ketua pengarah jabatan dibatal serta-merta

Cuti semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dibatalkan serta-merta, kata Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkenaan arahan pembatalan cuti bagi anggota Kabinet dan mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara supaya pulang segera.

"Saya turut mengarahkan semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan/agensi bagi perkara yang sama berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata ini bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggembleng tenaga dalam memastikan kesiapsiagaan seluruh jentera kerajaan untuk mengharungi keadaan semasa negara demi rakyat.

Ismail Sabri dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Bentong, Pahang hari ini berkata menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan cuti masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS