Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, menafikan dia tidak menghormati mahkamah kerana gagal hadir dalam perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 November.

Rosmah berkata demikian dalam pemeriksaaan balas timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak.

Sri Ram: Saya katakan kamu tidak ada rasa hormat pada mahkamah ini.

Rosmah: Saya tidak setuju.

Rosmah ketika itu masih berada di Singapura bagi menemai anaknya Nooryana Najwa.

Rosmah berada di sana setelah mahkamah memulangkan pasportnya untuk sementara waktu. Dia dikehendaki hadir perbicaraan pada 21 November.

Peguam Rosmah Jagjit Singh membantah soalan pihak pendakwaan kerana isu itu telah diselesaikan di Mahkamah Rayuan.

Rosmah sebelum ini telah memohon maaf kepada mahkamah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS