Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
HRD Corp sumbang peralatan cuci rumah pada mangsa banjir
Diterbitkan:  Dec 23, 2021 1:10 PM
Dikemaskini: 5:10 AM

Agensi kerajaan Human Resources Development Corporation (HRD Corp) menyumbangkan peralatan cuci kepada 3,000 isu rumah yang terjejas banjir di seluruh negara.

Dalam kenyataan, HRD Corp berkata agensi itu turut menggerakkan 150 kakitangan dalam usaha membantu mangsa dalam pasca banjir.

"Seramai 3,000 rumah di Sg Buloh, Klang, Hulu Langat, Dengkil, Puchong, Shah Alam dan Kuantan telah menerima peralatan untuk mencuci rumah sendiri.

"Selain itu, HRD Corp dibawah kepimpinan Ketua Pegawai Operasinya Ariff Farhan Doss, telah mengembeleng 150 sukarelawan dari kalangan kakitangan untuk membantu mangsa banjir.

"HRD Corp telah membantu mencuci rumah mangsa banjir, menyediakan makanan tengahari dan malam, menyampaikan peralatan rumah serta kelengkapan dapur, keperluan barangan menjaga diri serta membawa bersama keperluan kesihatan," katanya.

Tambahnya, pasukan HRDCorp disokong oleh sukarelawan, sumbangan peribadi Menteri Sumber Manusia M Saravanan, lembaga pengarah HRDCorp, pengurusan tertinggi HRDCorp serta seluruh kakitangan agensi tersebut.

"Kami mendoakan kesejahteraan semua yang terkesan dengan bencana banjir ini, kami ingin menyeru lebih ramai sukarelawan dan dermawan bersama kami membantu mereka yang memerlukan.

"Kami amat prihatin terutamanya mereka yang dari golongan rentan seperti OKU, warga emas and ibu tunggal yang memerlukan bantuan khusus kerana mereka tidak berdaya," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS