Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pecah kedai serbaneka: Polis tahan 31 warga asing
Diterbitkan:  Dec 22, 2021 10:30 AM
Dikemaskini: 2:30 AM

Polis Selangor mengesahkan seramai 31 orang ditahan susulan insiden pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata mereka terdiri daripada 10 rakyat Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"IPD Shah Alam juga meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas banjir dan polis menyeru serta menasihati orang ramai di kawasan yang terjejas banjir agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Sementara itu, dua Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) disediakan iaitu PKTK 1 di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dan PKTK 2, Taman Kemuning Utama, Seksyen 33 di Shah Alam.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan mangsa banjir di kawasan tersebut telah memecah masuk ke pasar raya berhampiran kerana ramai antara mereka terputus bekalan makanan dan menahan kelaparan.

Bagaiamanpun, Pengarah Urusan Mydin Holdings (M) Bhd, Ameer Ali Mydin, kemudian tampil menjelaskan bahawa dia menerima kejadian itu malah menghalalkan barangan yang diambil orang ramai demi kelangsungan hidup mereka.

Memberi maklum balas susulan insiden Mydin Mart dipecah masuk itu, Ameer berkata, sejujurnya dia tidak menyokong perbuatan mencuri sedemikian.

"Namun dalam keadaan darurat, mereka mungkin tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

"Dengan seikhlas hati saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya," kata Ameer.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS