Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Korban Covid-19: Lagi 57 kematian baru, jumlah keseluruhan 31,192
Diterbitkan:  Dec 22, 2021 9:35 AM
Dikemaskini: 6:58 AM

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 57 kematian baru akibat Covid-19 dicatatkan semalam. Ia menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat wabak itu bertambah kepada 31,192 orang.

Daripada kematian semalam, 8.77 peratus atau lima orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 946 kematian bagi setiap sejuta penduduk.

Ia merupakan catatan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sembilan orang dengan masing-masing membentuk 15.7 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kematian lain yang direkodkan KKM ialah tujuh orang di Perak, Kuala Lumpur (enam), Terengganu (enam), Negeri Sembilan (lima), Kedah (empat), Kelantan (empat), Johor (dua), Pahang (dua), Sabah (dua) dan Perlis (seorang).

Tiada kematian baru dilaporkan di Melaka, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS