Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Banjir Taman Sri Muda lambat surut sebab pintu air rosak - Exco

Paras banjir di Taman Sri Muda surut pada kadar yang lebih perlahan berikutan pintu air yang "tersekat" bertujuan mengawal aliran air ke sungai terdekat, menurut exco infrastruktur dan pertanian Selangor Izham Hashim.

Ketika dihubungi, Izham bagaimanapun menafikan hantaran tular di media sosial yang mempersoalkan dakwaan kelewatan pihak berkuasa untuk membuka pintu air itu.

"Macam-macamlah diorang ni. Sri Muda tu air kan banyak? Ya memang betul, jammed tu bukan sebab jam biasa.

"Masa banjir arus kuat baru ni, dia kena hentam dengan serpihan, kayu, macam-macam. Dia punya shaft tu bengkok. Bukan saja tidak ada penyelenggaraan ke apa, kerosakan masa banjir," katanya kepada Malaysiakini.

Izham berkata demikian ketika diminta maklum balasnya terhadap dakwaan individu yang merakam video berhampiran pintu air dan menunjukkan perbezaan paras air di dalam dan di luar kemudahan berkenaan.

Di Facebook, seorang lagi individu turut memuat naik beberapa keping gambar pintu air yang ditutup, mengaitkannya dengan paras banjir di Sri Muda.

Izham kesal kerana individu yang mempersoalkan dakwaan kelewatan membuka pintu air itu gagal mengesahkan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor mengenai operasi membaiki pintu air berkenaan.

"Yang buat video viral tu bukan nak periksa dengan JPS. Dia orang siang malam 24 jam membetulkan benda tu bergilir-gilir. Saya dah bagitau dia orang, jika kita perlu mendapatkan yang baru, kita dapatkan yang baru,

"Cuma untuk membantu mengepam air, kita dah tambah tiga empat pam untuk mempercepat kerja-kerja itu," kata Izham yang juga Adun Pandan Indah.

Taman Sri Muda antara kawasan yang paling teruk terjejas di Selangor, bersama Klang dan Hulu Langat, dengan kebanyakan rumah setakat pagi ini masih dipenuhi air di paras buku lali - menurun daripada paras rekod melebihi enam kaki tinggi.

Beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak Jumaat hingga awal pagi Ahad.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS