Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azhar Harun lancar buku Xi Jinping dalam bahasa Melayu
Diterbitkan:  Dec 21, 2021 2:05 PM
Dikemaskini: Dec 22, 2021 8:46 AM

  • Dikemas kini dengan berita penuh.

Speaker Dewan Negara Azhar Harun hari ini melancarkan buku koleksi pandangan Presiden China Xi Jinping dalam bahasa Melayu yang dipetik daripada pelbagai sumber.

Buku diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Foreign Languages Press (FLP) bertajuk Xi Jinping: Tadbir Urus China I itu dilancarkan di KLCC, Kuala Lumpur hari ini.

Ia merangkumi teks ucapan seminar, forum, wawancara, komentar, nota penjelasan, sedutan ucapan dan inti pati kenyataan Xi Jinping sejak 15 November 2012 hingga 13 Jun 2014.

“Saya pasti penerbitan buku ni akan menarik minat ramai pihak bagi meneliti perspektif presiden Xi Jinping dalam memacu negara China dalam aspek pentadbiran pembangunan,” kata Azhar.

 Xi Jinping

Tambahannya lagi, Xi Jinping berjaya mengeluarkan RM620 juta penduduk China daripada kemelut kemiskinan dalam masa 20 tahun.

“Sehubungan dengan itu saya rasa buku ini dapat berikan latar belakang kejayaan beliau dalam berbuat demikian,” katanya.

Azhar berkata, penerbitan buku itu akan menjadi bahan bermanfaat untuk rakyat Malaysia dalam memahami kebangkitan China dalam pelbagai aspek di pentas antarabangsa.

“Justeru, penerbitan buku terjemahan ini akan memberi peluang pada khalayak pembaca yang membaca dalam bahasa Melayu untuk mendapat perspektif langsung berkenaan tadbir urus idea dan polisi pembangunan China daripada presiden republik rakyat China yang masih berkhidmat,” katanya.

Dia juga mengimbau sejarah hubungan diplomatik yang lama sehingga 2,000 tahun dengan China bermula daripada Dinasti Ming sehingga dirintis di era perdana menteri kedua Tun Abdul Razak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS