Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tragedi chalet Bentong: Jasad wanita ditemui, dua masih dicari
Diterbitkan:  Dec 21, 2021 1:40 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Satu jasad wanita ditemui dalam tragedi tiga individu hilang dibawa arus sungai di kawasan chalet pusat penganginan di Bentong, Pahang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdullah Sani berkata jasad wanita berkenaan ditemui pada 10.15 pagi tadi dan pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

“Pasukan saya menjumpai mayat dibawah timbunan kayu dan pasir di stesen dua (kawasan yang ditanda ada mayat). Hari ini, bomba akan menggunakan dua unit jentera pengorek untuk meneruskan kerja-kerja penggalian mencari mangsa yang dikhuatiri hilang,” katanya kepada Bernama di tempat kejadian.

Yusri berkata setakat ini pihaknya meletakkan tiga stesen iaitu stesen pertama tempat mangsa kanak-kanak lelaki hilang manakala stesen ketiga diletakkan di susur sungai.

Sabtu lepas, lebih 30 orang termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dengan kejadian banjir lumpur ketika mengunjungi sebuah kawasan chalet di Bentong, Pahang.

Susulan itu, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Emamnuel Chang serta pasangan suami isteri Bobby Lim Yoke Hoong dan Yap Koon Lau dilapor hilang dalam tragedi itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS