Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
10 bot DBKL akan digerak ke Taman Sri Muda secepat mungkin - Shahidan

Kementerian Wilayah Persekutuan akan menggerakkan aset air Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi lain di bawah kementerian itu, bagi mempercepatkan urusan mengeluarkan mangsa banjir di Taman Sri Muda.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sebanyak 10 bot daripada pihak berkuasa tempatan itu serta aset-aset bantuan lain, akan digerakkan secepat mungkin.

“Keadaan banjir sudah berkurang di Wilayah (Kuala Lumpur), saya telah kerahkan mereka untuk datang di sini (Taman Sri Muda).

“Setakat ini yang ada di sini sudah dua pasukan penguatkuasa daripada semalam. Pasukan tambahan daripada DBKL dalam proses perjalanan ke sini,” katanya pada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam hari ini.

Shahidan berkata pihaknya juga menyiapkan 2,000 pek makanan untuk diagihkan hari ini, manakala sebanyak 3,000 lagi akan diagihkan esok.

“Keperluan lain dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kami akan bagi jika ada permintaan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS