Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bank sedia bantu peminjam terjejas banjir
Diterbitkan:  Dec 20, 2021 4:47 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Sektor perbankan bersedia menawarkan program bantuan pembayaran kepada peminjam yang terkesan akibat banjir, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata butiran lanjut akan dikongsi oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) dan bank-bank yang terlibat dalam masa terdekat.

Ini adalah hasil daripada perbincangan Kementerian Kewangan (MOF) dengan Bank Negara Malaysia (BNM), ABM, AIBIM dan ADFIM, katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS