Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRN SARAWAK | Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kembali sebagai kerajaan negeri dengan majoriti besar.

Berdasarkan data yang ada, berikut adalah beberapa pemerhatian utama.

Kadar keluar mengundi merosot di kawasan bandar

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kada keluar mengundi kali ini adalah 60.67 peratus, merosot berbanding 70 peratus pada PRN 2016.

Namun kadar penurunan tidak sama antara kawasan luar bandar dan bandar. Di kawasan DUN luar bandar, purata penurunan sekitar 5.9 peratus.

Di kawasan DUN bandar pula, purata penurunan sekitar 17 peratus. Secara purata, kadar penurunan di kawasan Kuching adalah 20 peratus.

Tiada hubung kait yang jelas antara penurunan kadar mengundi dengan peningkatan peratusan undi GPS.

Data sebaliknya menunjukkan ramai yang mengundi PH pada 2016 tidak keluar mengundi semalam.

Peratusan undi GPS tidak berubah

Berdasarkan data yang ada, peratusan undi yang diraih GPS pada PRN kali ini sedikit menurun berbanding PRN 2016, iaitu sebanyak 0.94 peratus.

Sokongan terhadap GPS meningkat di 35 kawasan, sementara terdapat peningkatan lebih 10 peratus di Repok, Marudi, Batu Kawa, Meluan, Murum, Bukit Semuja dan Tamin.

Di 11 kerusi DUN, GPS menang tanpa meraih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan undi, iaitu di Kota Sentosa, Simanggang, Batang Ai, Krian, Pakan, Ngemah, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Tanjung Batu dan Pujut.

Gabungan itu juga berjaya merampas lima kerusi daripad pembangkang

PSB lebih menyerlah daripada PH

Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang masih baru menang empat kerusi dan secara keseluruhan meraih 18.8 peratus daripada keseluruhan undi.

PH Sarawak yang telah menyertai PRN sebanyak lima kali sebaliknya hanya mendapat 10.5 peratus undi.

PSB meletakkan 70 calon manakala PH dengan 62 calon.

Kedua-dua pihak bertembung di 54 DUN dan di 40 DUN ini, PSB meraih lebih banyak undi berbanding PH.

Di beberapa kawasan luar bandar, PSB dilihat memberi cabaran kepada GPS.

Kira-kira suku daripada calon PSB adalah bekas anggota PKR. Dua orang daripadanya menang semalam.

Siapa lebih banyak hilang deposit?

Seramai 40 calon PH hilang deposit. Berikut adalah perinciannya:

Pencapaian PH merosot berbanding PRN 2016, dengan 26 calon hilang deposit. Ketika itu, hanya PH yang merupakan pembangkang yang mampu memberi cabaran.

PSB pula hilang deposit di 10 kerusi.

Apa signifikan PRN Sarawak 2021?

Pengerusi GPS Abang Johari Abang Openg, 71, mendapat mandat yang besar untuk mengetuai pentadbiran negeri. Dia mendapat sokongan hampir dua pertiga pengundi.

Ia berbeza dengan PRN Melaka di mana BN meraih kira-kira 39 peratus undi.

Ini akan membantu Abang Johari berdepan sebarang cabaran dari dalam.

Namun, Abang Johari dan GPS perlu berdepan dengan pencabar barunya, PSB yang telah membuktikan mereka mampu menterjemahkan rasa tidak puas hati kepada undi di sejumlah kawasan luar bandar.

Bagi PKR pula, sebarang peningkatan sokongan yang diraih sedekad lalu boleh dikatakan sudah hilang. PKR juga perlu berdepan hakikat yang mereka telah bertanding dalam dua PRN tanpa sebarang kemenangan.

Pengamat politik pastinya mahu melihat jika Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen akan mengikut jejak langkah Tey Kok Kiew, yang letak jawatan sebagai pengerusi DAP Melaka selepas pencapaian parti dalam pilihan raya negeri itu.

Kemerosotan kadar keluar mengundi di kawasan bandar juga menandakan PH perlu menangani strategi mobilisasi pengundi pada masa akan datang.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS