Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GPS menang besar di Mulu, kuasai 76 dari 82 kerusi DUN
Diterbitkan:  Dec 19, 2021 1:41 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia menjadikan GPS kini memiliki 76 daripada 82 kerusi di DUN Sarawak.

Keputusan di Mulu ditangguhkan semalam atas faktor keselamatan.

Menurut Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh, petugas pilihan raya yang perlu menaiki helikopter untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan undi berdepan cuaca buruk dan terputus perhubungan jalan darat.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, calon GPS Gerawat Jala mengekalkan kemenangan selepas meraih 3,731 undi, jauh meninggalkan calon Parti Bersatu Sarawak, Son Radu (856), calon PKR Roland Engan (810) dan calon Parti Bumi Kenyalang Richard Ibuh (199).

Gerawat meraih majoriti 2,875 undi. Secara keseluruhan, sebanyak 5,802 undi di DUN Mulu dengan kadar keluar mengundi 60.6 peratus.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS