Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: Selangor mohon bantuan aset Persekutuan, penglibatan tentera
Diterbitkan:  Dec 18, 2021 10:04 PM
Dikemaskini: 2:04 PM

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau telah menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memohon bantuan kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah banjir dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Selangor.

Amirudin dalam mesej Twitternya memaklumkan kerajaan negeri juga memohon bantuan aset-aset Persekutuan dan penglibatan tentera bagi menyelamatkan seramai mungkin mangsa banjir yang terkandas ketika ini.

“Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri @IsmailSabri60 memohon bantuan bagi mangsa banjir di Selangor.

"Saya turut menghubungi Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein @HishammuddinH2O agar aset dan anggota keselamatan dapat digerakkan bagi membantu proses pemindahan dan penyelamatan mangsa banjir yang terkandas di Selangor," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dijadualkan melawat mangsa banjir dan keadaan banjir di sekitar Klang esok.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS