Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rasmi: GPS menang besar
Diterbitkan:  Dec 18, 2021 8:22 PM
Dikemaskini: 3:46 PM

  • Dikemas kini dengan perkembangan terbaru.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Menurut keputusan rasmi yang diumumkan lewat malam ini, parti itu menang di 75 daripada keseluruhan 82 kerusi.

PSB memenangi empat kerusi manakala DAP di dua DUN. Parti-parti lain dan bebas gagal mendapat sebarang kerusi.

Keputusan bagi satu lagi kerusi belum diumumkan.

Menurut Bernama, SPR berkata keputusan bagi DUN Mulu ditangguhkan ekoran faktor keselamatan dan diumumkan selepas kesemua peti undi diterima.

Ini kali pertama PBB, PRS, PDP dan SUPP menang dalam pilihan raya negeri menerusi gabungan itu, yang ditubuhkan selepas PRU 2018.

Sebelum ini, parti-parti ini adalah komponen dalam BN Sarawak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS