Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Umno Pasir Puteh cadang pinda perlembagaan parti untuk tangguh pemilihan
Diterbitkan:  Dec 18, 2021 4:47 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Umno Pasir Puteh hari ini meluluskan usul untuk mencadangkan perlembagaan parti dipinda bagi menetapkan pemilihan Umno diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Umno Pasir Puteh, Zawawi Othman (gambar), berkata bagi tujuan itu pihaknya akan turut mengusulkan kepada kepimpinan agar Perhimpunan Agung Khas Umno diadakan bagi membolehkan pindaan dilakukan.

“Ketetapan sebulat suara ini dilakukan setelah perwakilan seramai 450 mengambil kira keperluan untuk seluruh anggota parti memberikan penumpuan kepada segala usaha membantu rakyat di samping kesiapsiagaan parti menghadapi PRU.

“Di samping itu ketetapan ini juga dibuat bagi memastikan kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mewakili Umno dalam kerajaan terus dipertahankan.

“Ia demi melaksanakan amanah mentadbir negara dan menguruskan hal-ehwal rakyat dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Usul itu sehari selepas Umno Ketereh, yang diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, meluluskan usul menggesa pemilihan Umno disegerakan.

Usul itu meminta kepimpinan Umno supaya mengadakan pemilihan selewat-lewatnya sebelum Nov 2022.

Annuar juga berkata pemilihan wajib diadakan pada tahun depan dan ia tidak boleh dikaitkan dengan PRU.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS