Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
18 kematian baru Covid-19, jumlah korban 31,044
Diterbitkan:  Dec 18, 2021 8:45 AM
Dikemaskini: 12:45 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 18 kematian baru akibat Covid-19 semalam (17 Dis), menjadikan jumlah kumulatif kematian 31,044.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 942 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 5.6 peratus atau 1 meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Perak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 7, membentuk 38.9 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kes kematian selebihnya dilapor di Selangor (3), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (2), Johor (1) and Perlis (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 17 daripada 18 kematian yang dilaporkan atau 94.4 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 40 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 30, menunjukkan trend menurun.

Sehingga kini, 730 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,612 kematian Covid-19 dilaporkan pada November, 2,704 pada Oktober, 9,678 pada September dan 7,642 pada Ogos.

Setakat semalam, terdapat 55,475 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 8.9 peratus daripada 60,873 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 16.9 peratus daripada 66,795.

Jangkitan berkaitan kluster

Kemas kini selepas tengah malam Kementerian Kesihatan juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 4,362 kes baru semalam, sebanyak 208 daripadanya berkaitan kluster Covid-19 yang masih berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 101 (48.6 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 46 (22.1 peratus) adalah daripada kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua.

Baki kes dikesan kepada kluster berkaitan penularan komuniti (31 - 14.9 peratus) dan institusi pendidikan (30 - 14.4 peratus).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS