Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sambutan tahun baru, hari natal besar-besaran tak dibenarkan
Diterbitkan:  Dec 16, 2021 12:26 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Kerajaan tidak membenarkan sambutan besar-besaran untuk perayaan hari natal dan tahun baru yang akan bermula minggu depan.

“Bagi sambutan tahun baru dan krismas kecil-kecilan dan private atau bersama keluarga dan rakan-rakan, private event (acara peribadi) dibenarkan buat masa ini, tetapi ujian pengesanan Covid-19 sebelum hadiri sambutan perlu dilakukan,” kata Khairy.

Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kemasukan kes kedua Omicron - varian membimbangkang yang dikatakan lebih mudah berjangkit - ke negara ini.

Kerajaan juga mengumumkan beberapa langkah tambahan hari ini, iaitu:

  • Semua penduduk berusia 60 tahun ke atas dan semua penerima Sinovac 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak pada Februari 2022 untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.

  • Pengembara daripada UK mesti melakukan ujian pengesanan kendiri setiap hari sepanjang kuarantin dan melaporkannya melalui aplikasi MySejahtera. Pengembara yang lengkan vaksin perlu melakukannya selama tujuh hari manakala 10 hari ditetapkan untuk pengembara yang tidak lengkap divaksin.

  • Lebih banyak negara akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi. Nigeria dimasukkan ke dalam senarai itu hari ini.

  • Pusat pemberian vaksin mega akan dilaksanakan semula di Lembah Klang.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS