Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembantu tadbir di hospital universiti awam ditahan SPRM
Diterbitkan:  Dec 15, 2021 10:29 PM
Dikemaskini: 2:29 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan seorang pembantu tadbir sebuah hospital universiti awam bagi membantu siasatan berhubung salah guna kedudukan membabitkan pembekalan kelengkapan hospital.

Menurut sumber, suspek merupakan wanita berumur 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada 2.50 petang tadi selepas dia hadir memberi keterangan.

“Suspek telah menyalahgunakan kedudukannya dengan terlibat dalam keputusan memilih syarikat sendiri bagi kerja-kerja pembekalan kelengkapan kakitangan sebuah hospital universiti awam, yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000 dari 2017 sehingga 2020," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya lagi, suspek tersebut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok bagi pertuduhan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS