Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kedah umum 18 Jan 2022 cuti peristiwa sempena Thaipusam
Diterbitkan:  Dec 15, 2021 8:49 PM
Dikemaskini: Dec 16, 2021 12:59 AM

Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan 18 Januari tahun depan sebagai cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata perkara itu diluluskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan negeri hari ini.

"Cuti peristiwa ini bukan diberikan secara automatik setiap tahun, ia perlu dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat exco," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Empangan Sabo Kepada Kontraktor di Titi Hayun di Yan, hari ini.

Beliau berkata keputusan berkenaan diharap akan memberi kegembiraan kepada mereka yang menyambut perayaan itu.

Katanya lagi, keputusan kerajaan negeri memberikan cuti peristiwa itu perlu dipatuhi oleh semua pihak yang tertakluk dengan akta berkaitan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS