Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4,097 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Dec 14, 2021 2:26 PM
Dikemaskini: 11:58 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 4,097 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah terkumpul kini adalah sebanyak 2,699,240 kes.

Jumlah kemasukan ke hospital bagi pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 6.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan ke hospital di Pulau Pinang mencatatkan kenaikan 31.2 peratus dan Negeri Sembilan meningkat kepada 23.5 peratus.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru Covid-19 lewat sehari melalui laman web CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 13) di mana 3,504 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor: 682
  • Kelantan: 455
  • Johor: 378
  • Pahang: 279
  • Pulau Pinang: 276
  • Kedah: 263
  • Kuala Lumpur: 218
  • Perak: 205
  • Terengganu: 193
  • Sabah: 181
  • Melaka: 143
  • Negeri Sembilan: 120
  • Sarawak: 47
  • Putrajaya: 32
  • Perlis: 24
  • Labuan: 8

Daripada jumlah kes baru hari ini, 93.6 peratus (3,836 orang) adalah warganegara Malaysian manakala selebihnya warga asing.

Bagaimanapun kes baru yang dicatatkan itu diatasi oleh jumlah pesakit yang sembuh iaitu seramai 4,301 orang. Perkembangan ini dijangka membantu mengurangkan bilangan kes aktif dari semasa ke semasa.

Jumlah pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi ialah 382 orang dengan 201 daripadanya memerlukan alat bantuan sokongan hayat.

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di ICU adalah 14.2 peratus lebih rendah berbanding minggu lalu.

Jumlah pesakit yang memerlukan intubasi juga menurun sebanyak 16.2 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Sehingga kini, 245 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk enam kluster baru dilaporkan hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS