Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu pembentungan Taman Melawati akan diambil tindakan wajar - menteri

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan sewajarnya akan diambil susulan kekecewaan penduduk Taman Melawati, Kuala Lumpur terhadap kerja naik taraf pembetungan yang didakwa berlarutan sejak empat tahun.

"Insya-Allah, saya telah menerima salinan tuntutan pengerusi Taman Melawati Residents Association, semalam.

"Insya-Allah, hal ini akan diberi perhatian dan tindakan akan diambil sewajarnya. Terima kasih," katanya, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan penduduk Taman Melawati melahirkan rasa gusar terhadap kerja naik taraf itu.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati (TMRA), Azhari Abd Taharim, kerja-kerja yang tidak siap itu bukan saja menyusahkan malah mengundang bahaya kepada masyarakat setempat.

Menurutnya projek pembetungan itu dimulakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) ketika itu dan dikendalikan Puncak Niaga Construction Sdn Bhd sebagai perunding projek.

Pada masa ini, katanya lagi, projek itu dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS