Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Belia Malaysia menuntut perubahan sikap dan tindakan yang lebih tegas daripada kerajaan dan polis berhubung isu kematian dalam tahanan yang berlaku selama berdekad-dekad.

Isu itu hangat semula tahun ini selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian penjual susu lembu, A Ganapathy.

Malaysiakini mengetengahkan laporan khas kes-kes kematian dalam tahanan yang ‘tidak selesai’ dengan membentangkan tanah perkuburan maya mereka yang telah meninggal dunia sejak dua dekad.


Baca: Maut di balik tirai besi


“Visual batu nisan di perkuburan maya itu menyedihkan untuk dilihat. Pedih memikirkan bahawa setiap orang di situ mempunyai orang tersayang yang ditinggalkan tanpa keadilan sewajarnya.

"Walaupun ia isu yang sukar dibincangkan, kita tidak boleh mengabaikannya - kerana berdiam diri menyebabkan nyawa lain terkorban dalam keadaan yang begitu mengerikan.

“Kita mesti mengambil pendirian secara kolektif untuk menyatakan tindakan ini tidak boleh diterima sama sekali," kata Roshinee Mookaiah, 26.

Sharon Wah, 20, daripada Misi Solidariti, yang turut senada, berkata:

"Kepentingan projek ini dan apa yang dimaksudkan tidak boleh diperlekeh - ia penghormatan kepada yang mati dan yang masih hidup.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS