Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Langgar SOP, kredibiliti kerajaan terhakis - Khairy
Diterbitkan:  Dec 13, 2021 9:02 AM
Dikemaskini: 1:02 AM

Kredibiliti kerajaan boleh terhakis di kalangan rakyat apabila terus melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 yang diperkenalkannya sendiri, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Isu ini adalah isu penting kerana dalam urusan pandemik ini, apa yang perlu ada dalam kerajaan adalah kredibiliti.

“Apabila rakyat melihat kerajaan sendiri yang melanggar peraturan yang kerajaan sendiri buat, maka kredibiliti dan kebolehpercayaan terhadap kerajaan itu terhakis,” katanya dalam Bicara Naratif Khas, “Menilai Ketegasan KKM” di TV1, lapor Free Malaysia Today.

Ahli Parlimen Rembau itu mengingatkan bahawa rakyat mungkin mengabaikan SOP jika kerajaan terus bersikap sedemikian.

Pada 10 Dis lalu, penganjur majlis 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan.

Kebanyakan mereka hadir untuk membayar saman trafik di kaunter pembayaran saman di kaunter polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan berikutan kedua-dua agensi penguatkuasaan itu menawarkan diskaun 80 peratus bagi kesalahan tertentu.

Majlis itu dianjurkan oleh Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu).

Khairy yang turut menghadiri majlis itu, berkata tiada langkah keselamatan dilaksanakan dan kurangnya penguatkuasaan SOP pada acara selama empat hari itu.

“Sepadu saya lihat sangat lemah dan gagal dalam melaksanakan tugas mereka untuk kempen aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS