Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
17 lagi kematian, jumlah korban 30,879
Diterbitkan:  Dec 13, 2021 8:17 AM
Dikemaskini: 12:17 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 17 kematian baru akibat Covid-19 semalam (12 Dis), menjadikan angka korban meningkat kepada 30,879 orang.

Daripada jumlah kes kematian baru yang dilaporkan semalam, 17.6 peratus atau 3 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Malaysia merekodkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 937 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Terengganu mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 4 kes atau 23.5 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Ini diikuti Kelantan yang merekodkan tiga kes, Kedah (2), Perak (2), Perlis (2), Pulau Pinang (2), Melaka (1) dan Sabah (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 16 daripada 17 kematian yang dilaporkan atau 94.1 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kes kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 44 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 38 kematian dalam tujuh hari yang menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, sebanyak 565 kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, terdapat 58,852 kes aktif Covid-19 direkodkan. Ini adalah pengurangan sebanyak 5.1 peratus daripada 61,999 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 8.4 peratus daripada 64,279 kes.

Kementerian Kesihatan tengah malam tadi mengeluarkan butiran lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 3,490 kes baru semalam, sebanyak 167 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Daripada kes berkaitan kluster, 76 (45.5 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 42 (25.1 peratus) adalah dari institusi pendidikan.

Baki kes dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (41 - 24.6 peratus) dan penularan komuniti (8 - 4.8 peratus).

Kementerian Kesihatan memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di laman web Github.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS