Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 31 lagi kematian, jumlah keseluruhan 30,862
Diterbitkan:  Dec 12, 2021 8:26 AM
Dikemaskini: 12:26 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 31 kematian baru akibat Covid-19 semalam (11 Dis), menjadikan jumlah kematian terkumpul setakat ini sebanyak 30,862.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 933 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Daripada jumlah kematian baru yang dilaporkan semalam, 22.6 peratus atau tujuh orang meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 10 kes (32.3 peratus).

Ini diikuti oleh Sabah sebanyak tujuh kes Perak (4), Sarawak (4), Kuala Lumpur (2), Kedah (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1) dan Terengganu (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 24 daripada 31 kematian yang dilaporkan atau 77.4 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 44 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 41 kematian dalam tempoh tujuh hari, yang menunjukkan penurunan.

Setakat ini, 548 kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sehingga semalam, terdapat 60,778 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak tiga peratus daripada 62,670 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 4.8 peratus daripada 63,829 kes.

Kementerian Kesihatan tengah malam tadi mengeluarkan butiran lanjut mengenai kes baru Covid-19.

Daripada 4,626 kes baru semalam, sebanyak 105 daripadanya dikesan kepada kluster Covid-19 sedia ada.

Daripada kes berkaitan kluster, 76 (72.4 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 18 (17.1 peratus) adalah dari institusi pendidikan.

Kes selebihnya dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (6-5.7 peratus) dan penularan komuniti (5-4.8 peratus).

Kementerian Kesihatan memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di laman web Github.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS