Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bandar pelancongan Hoi An setuju tidak saji daging kucing, anjing
Diterbitkan:  Dec 10, 2021 5:13 PM
Dikemaskini: 9:13 AM

GLOBAL l Bandar pelancongan popular Hoi An di wilayah tengah Quang Nam, Vietnam memeterai perjanjian dengan organisasi kebajikan haiwan antarabangsa Four Paws hari ini.

Melaui perjanjian itu, Hoi An komited untuk menghentikan perdagangan itu serta tidak akan menyaji atau membekalkan daging kucing dan anjing, menjadikannya sebagai kawasan pertama di Vietnam yang berbuat demikian.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), komitmen itu berkuat kuasa pada akhir tahun ini dan berlangsung selama dua tahun.

Julie Sanders, Pengarah Antarabangsa Program Teman Haiwandi Four Paws, berkata majlis menandatangani perjanjian maya akan menjadikan Hoi An sebagai teladan kepada bandar-bandar dan kawasan lokaliti Vietnam yang lain.

Negara itu menyaksikan lima juta anjing dan satu juta kucing disembelih untuk perdagangan daging setiap tahun.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Hoi An, Nguyen The Hung menegaskan bahawa menghentikan perdagangan daging anjing dan kucing secara berperingkat dan mempromosikan kerja-kerja pembasmian rabies adalah selaras dengan orientasi negara itu menjadi destinasi pelancongan yang selamat, mesra dan hijau.

Turut serta dalam majlis itu, penyanyi muda Vietnam Van Mai Huong, yang menyampaikan ucapan menyeru orang ramai, khususnya belia, untuk menyokong komitmen itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS