Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,058 kes baru, nilai kebolehjangkitan lebih 1.00 di 4 negeri
Diterbitkan:  Dec 10, 2021 3:27 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Sebanyak 5,058 kes baru Covid-19 dicatatkan.

Nilai kebolehjangkitan pula berada pada tahap 0.97. Nilai bawah angka 1.00 bermaksud penyebarannya semakin berkurangan.

Bagaimanapun, di peringkat negeri, nilai ini melebihi 1.00 di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis. Sarawak mencatatkan angka paling rendah.

Secara purata, sebanyak 1,051 orang dimasukkan ke hospital untuk tempoh seminggu terakhir, turun dua peratus berbanding minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, di Negeri Sembilan ia meningkat sebanyak 31 peratus untuk tempoh yang sama.

 Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan perician kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (9 Dis) yang mencatatkan 5,446 kes adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,467)
  • Johor (551)
  • Kelantan (495)
  • Pahang (438)
  • Melaka (373)
  • Kedah (338)
  • Sabah (329)
  • Kuala Lumpur (315)
  • Pulau Pinang (275)
  • Perak (244)
  • Negeri Sembilan (236)
  • Terengganu (202)
  • Sarawak (90)
  • Perlis (40)
  • Putrajaya (32)
  • Labuan (21)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS