Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,446 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Dec 9, 2021 2:02 PM
Dikemaskini: 6:04 AM

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,446 kes baru Covid-19.  Jumlah jangkitan terbaru itu menunjukkan peningkatan berbanding sebanyak 5,020 kes yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari semalam.

Ini menjadi kes kumulatif kini berjumlah 2,678,465.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 6.3 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan (+15.7 peratus) meningkat.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan perincian kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (8 Disember) yang mencatatkan 5,020 kes adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,465)
  • Kelantan (503)
  • Pahang (413)
  • Johor (407)
  • Kedah (404)
  • Sabah (322)
  • Kuala Lumpur (316)
  • Pulau Pinang (291)
  • Negeri Sembilan (251)
  • Terengganu (211)
  • Perak (183)
  • Melaka (129)
  • Sarawak (55)
  • Perlis (33)
  • Putrajaya (25)
  • Labuan (12)



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS