Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 66 lagi kematian, jumlah korban 30,718
Diterbitkan:  Dec 8, 2021 8:16 AM
Dikemaskini: 12:16 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 66 kematian terbaru akibat Covid-19 semalam (7 Dis), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah sebanyak 30,718 kes.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 931 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 13.6 peratus atau 9 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Terengganu mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 12 kes atau 18.2 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kes kematian selebihnya berlaku di Selangor (11), Kedah (8), Perak (7), Pulau Pinang (6), Sabah (5), Negeri Sembilan (4), Johor (3), Kuala Lumpur (3), Kelantan (2 ), Pahang (2), Sarawak (2) dan Melaka (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 65 daripada 66 kematian yang dilaporkan atau 98.5 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 48 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 42 kes dalam tempoh tujuh hari, yang menunjukkan penurunan.

Setakat semalam, terdapat 60,411 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 7.3 peratus daripada 65,153 kes aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 6.5 peratus daripada 64,625 kes.

Jangkitan berkaitan kluster

Kementerian Kesihatan tengah malam tadi mengeluarkan butiran lebih terpinci mengenai kes baru Covid-19 semalam.

Daripada 4,965 kes baru, sebanyak 138 daripadanya dikesan kepada kluster Covid-19 sedia ada.

Daripada kes berkaitan kluster, 47 kes (34.1 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 39 kes (28.3 peratus) adalah daripada kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua.

Kes selebihnya dikesan daripada kluster berkaitan institusi pendidikan (36 - 26.1 peratus), penularan komuniti (13 - 9.4 peratus) dan acara keagamaan (3 - 2.2 peratus).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS