Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua marshal konvoi motosikal besar ditahan polis

Dua lelaki termasuk seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk yang terlibat dalam rakaman aksi ‘marshal’ di Port Dickson pada Ahad lepas, menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Port Dickson hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mereka berusia 45 dan 49 itu, tiba di IPD terbabit secara berasingan iaitu masing-masing 12.45 tengah hari dan 2.30 petang.

“Mereka hadir ke Balai Trafik Port Dickson sejurus mengetahui aksi mereka yang dirakam ditularkan secara meluas di media sosial. Kedua-duanya ditahan sebaik mereka menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aidi Sham polis turut merampas dua motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan lain milik individu yang digunakan kedua-dua marshal berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesan individu yang bertindak sebagai marshal dengan memberi arahan kepada kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan seperti video berdurasi tiga minit tular di Facebook pada Ahad lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS