Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
GLOBAL| Lelaki ditahan polis kerana cuba bakar bapa sendiri
Diterbitkan:  Dec 6, 2021 10:09 PM
Dikemaskini: 2:09 PM

GLOBAL | Seorang lelaki berusia 58 tahun ditahan polis selepas cuba membakar bapanya berusia 89 tahun yang merupakan orang kurang upaya, di Castellammare, Sabia (Naples) di Itali.

Lelaki itu ditahan selepas dia memukul bapanya dengan tongkat, kemudian mencekiknya dan menuang alkohol ke katil bapanya sebelum cuba membakarnya.

Ibu dan abangnya yang berada di lokasi kejadian kemudian menghubungi polis, menurut Agensi Berita Itali (ANSA).

Lelaki itu pernah ditahan kira-kira empat tahun lepas kerana mendera ahli keluarganya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS