Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersih: Kenyataan Ismail ugutan pada rakyat Sarawak
Diterbitkan:  Dec 6, 2021 9:32 PM
Dikemaskini: 1:32 PM

Badan pemantau pilihan raya Bersih menyatakan kebimbangan mengenai apa yang disifatkannya sebagai cubaan untuk mengugut rakyat Sarawak bagi mengundi Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Bersih dalam satu kenyataan memetik kenyataan Ismail Sabri bahawa projek Jambatan Sungai Yong Kedua tidak akan dilaksanakan sekiranya terdapat perubahan dalam kerajaan persekutuan, begitu juga apabila Ahli Parlimen Bera berkata "Ketua Menteri Sarawak Abang Jo adalah kawan saya."

“Ini adalah ugutan kepada rakyat Sarawak bahawa mereka akan dihukum jika mereka tidak akur ketika membuang undi.

“Ugutan ini juga bukan sekadar pencabulan slogannya sendiri iaitu Keluarga Malaysia kerana negeri pimpinan pembangkang mungkin dilayan sebagai anak tiri,” kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri ketika berucap di Kapit pada Sabtu berkata rakyat Sarawak perlu membuat pilihan tepat pada pilihan raya negeri ke-12 bagi mengekalkan hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Mengambil contoh Jambatan Kedua Sungai Yong yang menelan belanja RM12.6 juta terletak kira-kira 15km dari Kapit, Ismail Sabri berkata ia tidak akan dilaksanakan sekiranya kedua-dua kerajaan mempunyai fokus berbeza.

Bersih berkata kenyataan Ismail Sabri juga menimbulkan persoalan mengenai neutraliti pentadbiran kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak sementara.

"Sama ada sumber persekutuan dan negeri boleh dikekalkan daripada penyalahgunaan partisan," katanya, sambil menambah bahawa kenyataan Ismail hanya mengesahkan laporan lepas mengenai penyalahgunaan sedemikian oleh kerajaan negeri sementara.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS