Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR: Hanya 5 pemimpin setiap parti boleh masuk Sarawak untuk kempen
Diterbitkan:  Dec 5, 2021 5:01 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Hanya lima orang pemimpin tertinggi dari setiap parti politik yang bertanding dalam PRN Sarawak dibenarkan ke negeri itu atas tujuan kempen, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara itu dinyatakan dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Sarawak yang dikeluarkan SPR hari ini.

"Rentas negeri tidak dibenarkan untuk tujuan berkempan sepanjang tempoh pilihan raya kecuali lima orang pemimpin tertinggi parti politik yang bertanding.

"Nama-nama pemimpin tertinggi parti hendaklah dikemukakan kepada JPBN Sarawak.

"Kemasukan ke Sarawak adalah tertakluk kepada SOP yang sedang berkuat kuasa dan dihadkan kepada aktiviti yang diluluskan dalam permohonan enterSarawak," kata SPR.

Bagi sebarang acara di premis yang berkaitan dengan PRN, SPR menetapkan jarak dua meter antara meja dan jarak sekurang-kurangnya satu meter antara hadirin.

Semua yang hadir di acara tersebut tidak dibenarkan bersentuhan atau bersalaman, selain perlu memakai pelitup muka sepanjang masa.

SPR juga menetapkan parti politik hanya boleh bermesyuarat tidak lebih empat kali seminggu, dengan setiapnya tidak boleh lebih dua jam.

"Mesyuarat parti dibenarkan hanya bagi individu yang lengkap menerima vaksin dan tertakluk kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal."

SPR menakrifkan mesyuarat parti sebagai kegiatan mesyuarat dengan susun atur tempat untuk mengadakannya, bukan sesi taklimat, ceramah atau sebarang bentuk kempen fizikal.

"Sidang media selepas mesyuarat parti dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Kehadiran dalam sidang media terhad bagi individu yang hadir semasa mesyuarat sahaja dan wartawan. Hanya mereka yang telah lengkap menerima vaksin dibenarkan hadir," kata SPR lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS