Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
47 kes kematian dilaporkan, jumlah korban 30,521
Diterbitkan:  Dec 3, 2021 8:31 AM
Dikemaskini: 12:31 AM

Sejumlah 47 kematian dilaporkan akibat Covid-19 semalam (2 Dis), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 30,521, menurut Kementerian Kesihatan melalui laman Github.

Kes kematian harian yang dilaporkan meningkat 6.9 peratus untuk tujuh minggu terakhir berbanding tujuh hari sebelumnya, walaupun kes aktif menurun 8.8 peratus bagi tempoh yang sama.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan sembilan nyawa, disusuli dengan Kelantan (6), Perak (6), Sabah (6), Pulau Pinang (5), Terengganu (5), Kuala Lumpur (3), Johor (2), Kedah (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Sarawak (1) dan Labuan (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Pahang, Perlis dan Putrajaya.

Menurut laman CovidNow, kes kematian tertinggi (bagi setiap sejuta penduduk) dalam dua minggu terakhir berlaku di Terengganu, Kelantan dan Perak.

Hampir semua kematian yang dilaporkan semalam, iaitu 95.7 peratus, berlaku dalam tujuh tahun terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data atau klasifikasi.

Purata 49 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding tempoh sebelum ini dengan purata tujuh hari sebanyak 47, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 62,253 kes aktif Covid-19. Ini pengurangan sebanyak 9.5 peratus daripada 68,755 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 6.9 peratus daripada 66,864 kes.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS