Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bank Negara, semua bank di KL beroperasi esok
Diterbitkan:  Dec 2, 2021 11:52 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

Bank Negara Malaysia (BNM) dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Kuala Lumpur akan dibuka dan beroperasi seperti biasa esok.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter akan terus beroperasi.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim mengumumkan Jumaat diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan susulan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS