Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
49 kematian dilaporkan, jumlah korban 30,474
Diterbitkan:  Dec 2, 2021 8:40 AM
Dikemaskini: 12:40 AM

Sejumlah 49 kematian dilaporkan akibat Covid-19 semalam (1 Dis), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 30,474, menurut Kementerian Kesihatan melalui laman Github.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 925 kematian bagi setiap 1 juta penduduk dan keempat tertinggi di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 24.5 peratus atau 12 meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan 12 nyawa, merangkumi 24.5 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kes kematian lain dilaporkan di Perak (8), Sabah (7), Kelantan (5), Johor (4), Sarawak (4), Kedah (2), Negeri Sembilan (2), Melaka (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 45 daripada 49 kematian yang dilaporkan atau 91.8 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 50 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding tempoh sebelum ini dengan purata tujuh hari sebanyak 47, menunjukkan aliran menurun.

Sebanyak 1,612 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada November. Sebanyak 2,704 kematian Covid-19 dilaporkan pada Oktober, 9,678 pada September, 7,642 pada Ogos dan 3,858 pada Julai.

Setakat semalam, terdapat 63,740 kes aktif Covid-19. Ini pengurangan sebanyak 8.0 peratus daripada 69,261 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 5.2 peratus daripada 67,235 kes.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS