Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan akan heret firma pembekal Dyson ke mahkamah - Saravanan

Kerajaan akan mengheret firma pembekal Dyson, ATA IMS Bhd ke mahkamah susulan aduan yang diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan selepas dakwaan buruh paksa timbul terhadap pengilang itu.

Dyson memberitahu Reuters minggu lalu bahawa ia telah menamatkan hubungannya dengan ATA berikutan audit terhadap amalan buruh dan beberapa dakwaan lain ke atas syarikat Malaysia itu oleh pemberi maklumat.

ATA, yang menjana 80 peratus daripada pendapatannya daripada menghasilkan peralatan perumahan, mengulangi minggu ini bahawa ia memandang serius tuduhan berkenaan dan mendakwa bahawa penemuan audit buruh itu tidak menyeluruh. Ia sebelum ini juga menafikan dakwaan buruh paksa.

Saravanan memberitahu Parlimen bahawa kementeriannya, melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, telah mengambil tindakan dan membuka kertas siasatan terhadap ATA selepas menerima aduan.

“Kita sudah berikan notis kompaun kepada mereka tetapi ia masih belum dibayar, oleh itu kita akan mendakwa mereka di mahkamah,” katanya di Parlimen semalam.

Dia tidak menyatakan tentang aduan yang diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia atau dakwaan yang dibuat berkenaan.

Kementerian Sumber Manusia itu juga tidak segera menjawab soalan susulan daripada Reuters mengenai pertuduhan dan aduan tersebut.

- Reuters

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS