Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Restoran nasi kandar tertua di Pulau Pinang, Restoran Hameediyah yang tular menerusi media sosial kerana didakwa menjual dua ekor sotong goreng berharga RM100 berkata bahawa mereka telah menerima permohonan maaf daripada pelanggan.

Ketika dihubungi, pengarah restoran, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30 mengesahkan bahawa pelanggan wanita tersebut memohon maaf kepadanya.

"Pelanggan itu memohon maaf melalui pesanan WhatsApp setelah isunya telah menjadi tular sehingga restoran kami dikritik oleh pelbagai pihak di media sosial.

"Kami diberitahu olehnya bahawa dia tidak berniat untuk tularkan posting berkenaan.

"Sebaliknya ada pihak lain yang telah screenshot (tangkap layar) dan memuat naik di laman Facebook dengan keterangan yang seakan akan ingin mengatakan pelanggan itu mengadu tentang harga berkenaan," katanya.

Riyaaz turut berkongsi tangkapan skrin mesej pelanggan tersebut kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Riyaaz mempertahankan harga tersebut berdasarkan kos bahan mentahnya.

Riyaaz menjelaskan lagi bahawa pelanggan itu hadir ke restoran pada 23 Nov bersama pasangannya telah mengambil dua ekor sotong goreng apollo yang berharga RM50 seekor.

"Pelanggan itu sendiri mengesahkan bahawa dia pernah datang restoran kami sebelum ini dan memesan makanan yang sama. Jadi, dia tahu dengan harga makanan berkenaan.

"Pelanggan itu memaklumkan gambar berkenaan turut dikongsi di Instagram story tanpa sebarang keterangan.

"Namun, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab membuat salinan skrin sebelum menularkan di Facebook dengan menulis keterangan tidak benar," katanya.

Riyaaz juga berkata bahawa pihak restoran sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS