Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam saman peguam isu gangguan seksual
Diterbitkan:  Nov 24, 2021 5:12 PM
Dikemaskini: Nov 25, 2021 3:40 AM

Seorang peguam berusia 27 tahun menyaman sebuah firma guaman dan rakan kongsi kanan atas dakwaan gangguan seksual semasa dia menjalani latihan dalam kamar.

Plaintif memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Oktober. Dia menamakan seorang peguam 44 tahun dan sebuah syarikat sebagai defendan pertama dan kedua.

Insiden itu didakwa berlaku di firma itu antara 3 Disember 2018 hingga 11 September 2019.

Menurut writ saman yang dilihat Malaysiakini, plaintif mendakwa dia terus diganggu oleh defendan pertama semasa berkhidmat sebagai paralegal selepas tamat latihan praktikal.

Setakat ini, tidak pasti sama ada dia masih bersama syarikat itu.

Plaintif antaranya mendakwa defendan berulang kali mengajaknya keluar makan tengah hari dan minum kopi berdua, menyandar rapat badan, mengintainya bekerja serta membuat komen berkaitan tubuh dan bau badannya.

Dia juga mendakwa defendan memulakan mencengkam tengkuknya di lantai tarian, menyentuh bahunya serta memulakan perbualan berkaitan "raja Thailand mengambil gambar telanjang isterinya".

Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan/atau teladan, kos serta faedah lima peratus setahun serta apa-apa relif yang difikirkan wajar dan perlu oleh mahkamah.

Malaysiakini tidak menamakan plaintif dan defenden bagi melindungi identiti plaintif yang mendakwa menjadi mangsa dalam kes ini.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS