Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4,885 kes baru, jumlah kemasukan hospital turun 4.4%
Diterbitkan:  Nov 22, 2021 2:17 PM
Dikemaskini: 6:17 AM

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,885 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,591,486.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu juga menurun sebanyak 4.4 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pulau Pinang (+29.7 peratus) dan Kelantan (+12.2 peratus).

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (21 November) yang mencatatkan 4,854 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,365)
  • Johor (494)
  • Kelantan (486)
  • Sabah (437)
  • Kedah (275)
  • Pulau Pinang (271)
  • Pahang (265)
  • Sarawak (245)
  • Kuala Lumpur (235)
  • Terengganu (208)
  • Negeri Sembilan (197)
  • Perak (177)
  • Melaka (142)
  • Putrajaya (31)
  • Labuan (14)
  • Perlis (12)

 





Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS