Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4,854 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Nov 21, 2021 3:36 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan sebanyak 4,854 kes baru Covid-19 direkodkan, menjadikan kes terkumpul kini berjumlah 2,586,601.

Kes baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tempoh 13 hari, sejak 8 Nov lalu.

Kes baru hari ini melibatkan 4,651 warga Malaysia (95.8 peratus) dan 203 bukan warga (4.2 peratus).

Jumlah kes baru hari ini lebih rendah berbanding jumlah pesakit sembuh iaitu seramai 5,525 orang. Ini dijangka akan mengurangkan jumlah kes aktif.

  • Pesakit dalam ICU: 541
  • Pesakit perlu alat bantuan pernafasan: 267

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk kes yang disyaki) yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 3.2 peratus lebih tinggi berbanding seminggu lalu.

Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga meningkat 0.8 peratus berbanding seminggu lalu.

Jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas juga menurun sebanyak 2.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pulau Pinang (+29.2 peratus) dan Pahang (+14.6 peratus).

Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri lewat sehari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 20) di mana 5,859 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,528)
Kelantan (614)
Sabah (545)
Johor (499)
Pulau Pinang (367)
Kedah (364)
Pahang (362)
Kuala Lumpur (319)
Sarawak (255)
Perak (237)
Terengganu (225)
Negeri Sembilan (223)
Melaka (192)
Putrajaya (91)
Labuan (19)
Perlis (19)

Setakat ini, terdapat 235 kluster aktif termasuk tiga kluster baru hari ini.

Jumlah kluster aktif telah menurun 11.7 peratus berbanding 266 seminggu lalu.


 



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS