Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib tidur lena lepas BN menang besar di Melaka
Diterbitkan:  Nov 21, 2021 2:42 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidur lena semalam selepas kemenangan BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Najib berkata demikian dalam ucapan terima kasih kepada pengundi Melaka kerana menyokong BN.

"Malam tadi, saya tidur lena.

"Alhamdulillah, rakyat dan pengundi negeri Melaka telah memberi kemenangan yang sangat besar kepada Barisan Nasional," katanya dalam klip video yang dikongsi di Facebook.

Najib turut melahirkan rasa terima kasih kepada jentera akar umbi Umno, MCA, MIC dan rakan-rakan BN kerana berjaya meraih kemenangan besar di mana BN memperoleh 21 kerusi berbanding lima oleh Pakatan Harapan dan dua oleh Perikatan Nasional.

“Rakyat telah memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan BN. Saya yakin dan percaya, di bawah kerajaan baru dan di bawah Ketua Menteri Sulaiman (Mohd Ali) akan membawa Melaka kepada keamanan, kestabilan dan lebih makmur lagi," katanya.

Najib yang juga ahli parlimen Pekan berkata dia berharap Adun yang baru dilantik dapat berkhidmat dengan baik kepada pengundi mereka.

“Anda boleh percaya bahawa kami akan menunaikan semua janji manifesto pilihan raya kami,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS